fb fb fb fb fb

Beberapa acara dilaksana sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong KE-17

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 25 Jun- Kerajaan akan melaksanakan beberapa acara lain sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang dijadual berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai depan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan dalam satu hantaran di Facebook berkata, antara acara berkenaan ialah Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara, di ibu negara pada 18 Julai.

"Khutbah khas dan solat Jumaat pada 19 Julai, juga di Masjid Negara. Pameran Raja Kita pada 25 Julai, bertempat di Muzium Negara," katanya.

Sementara itu Khutbah Khas dan Solat Jumaat akan diadakan di Masjid Negara pada 19 Julai, manakala Pameran Raja Kita akan diadakan di Muzium Negara pada 25 Julai.

Dalam hantaran sama, Fahmi turut meluahkan rasa rendah diri dan berbesar hati kerana dapat mengiringi Sultan Ibrahim, yang telah berkenan mempersembahkan warkah persilaan ke Istiadat Pertabalan Baginda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei, hari ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI