fb fb fb fb fb

Bazar Ramadan Rahmah libatkan 50 peniaga di empat lokasi

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkifli Mohd Zin

AYER KEROH, 8 Mac- Empat daripada 51 Bazar Ramadan di Melaka adalah Bazar Ramadan Rahmah (BRR) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Antara lokasi BRR adalah Taman Cempaka, Masjid Tanah, Jasin Bestari dan Masjid Al-Alami (MITC).

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkifli Mohd Zin berkata, BRR membabitkan 50 peniaga di empat lokasi tersebut.

“Saya difahamkan kekal dan mungkin peniaga-peniaga akan bertambah dari semasa ke semasa. Saya percaya bahawa ramai peniaga-peniaga di dalam Negeri Melaka ini sebenarnya sedang mencari ruang untuk mereka berniaga dengan produk-produk yang mereka jual pada ketika itu.

"Kita bagi ruang seluas-luasnya kepada peniaga-peniaga untuk berniaga dengan kadar sewaan yang berpatutan", katanya kepada media selepas Program Kempen Keselamatan Rumah dan Pengedaran 100 bekas Bubur Lambuk sempena menyambut Bulan Ramadan 2024 di Luar kompleks Melaka Mall.

Sebanyak sembilan Bazar Aidilfitri turut dianjurkan di sekitar negeri Melaka tahun ini.

ROSLINA BINTI DIN