fb fb fb fb fb

Bazar Ramadan Johor catat skor kebersihan lebih 80 peratus

Foto Facebook AngsanaMallsMalaysia

JOHOR BAHRU, 7 Mac-Tahap kebersihan bazar Ramadan di Negeri Johor berada pada tahap memuaskan apabila merekodkan skala kebersihan lebih 80 peratus ke atas dalam tempoh lima hari pertama Ramadan.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Johor, Ling Tian Soon berkata penilaian itu hasil pemeriksaan ke atas 1,240 premis makanan di tapak bazar Ramadan seluruh negeri oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor(JKNJ) bermula 2 Mac lalu.

"Kalau ikut premis yang diperiksa JKNJ sebanyak 1240 diperiksa semua bersih dan baik.Markah lebih 80 peratus.

"Maksudnya mereka sediakan makanan bersih mengikut prosedur pakai apron sarung tangan topi. Memudahkan kerja pemantauan berterusan sepanjang Ramadan kesedaran buat penyedia makanan tersebut", katanya demikian pada sidang media selepas meninjau Bazar Ramadan Plaza Angsana, di sini.

Jelas Tian Soon, setakat ini hanya satu premis dikenakan kompaun kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan 2009.

Tambahnnya lagi, pengunjung turut disaran mengemukakan aduan secara terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor, melalui imbasan kod QR yang diperkenalkan.

Tindakan akan diambil dalam tempoh 14 hari selepas aduan diterima.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD