fb fb fb fb fb

Bayi perempuan ditinggalkan di Masjid Lubuk Kulit

Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditinggalkan di ruangan solat wanita Masjid Lubuk Kulit, Kuala Lipis

KUALA LIPIS, 18 Jun- Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditinggalkan di ruangan solat wanita Masjid Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang awal pagi tadi.

Bagaimanapun ibu bapa bayi tersebut masih dikesan oleh pihak polis bagi mengetahui punca bayi tersebut ditinggalkan.

"Anggota polis Padang Tengku telah dimaklumkan oleh seorang penduduk Kampung Lubuk Kulit berkenaan penemuan bayi perempuan, pada pukul 5.30 pagi tadi.

"Keadaan bayi tersebut semasa dijumpai dalam keadaan baik, sempurna dan masih mempunyai tali pusat dipercayai baru dilahirkan," katanya.

Bayi tersebut kini berada di Hospital Kuala Lipis untuk siasatan dan rawatan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang kanak-kanak.

Pada masa sama polis memohon sekiranya mana-mana mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di talian 09-3121999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI