
BATU PAHAT, 28 Februari -Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan cedera parah selepas kereta dinaiki bersama ibu bapanya terlibat kemalangan di kilometer 19, Jalan
Kluang-Batu Pahat, 2.40 pagi tadi.
- Bayi 10 bulan kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail dengan kecederaan parah.
- Pemandu lelaki 26 tahun dipercayai hilang kawalan selepas tayar pecah.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani dalam kenyataan berkata, bayi itu kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.
“Kereta dipandu lelaki berusia 26 tahun itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan berkenaan selepas tayar keretanya pecah,” katanya dalam satu kenyataan.
Seorang lagi penumpang, wanita berusia 41 tahun turut tercedera.
Kedua-dua mereka yang juga ibu bapa kepada bayi itu, dirawat di hospital sama.
Kes disiasat mengikut seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.