fb fb fb fb fb

Bayar zakat fitrah awal, elak kesesakan sistem

Datuk Syeikh Zakaria Othman

ALOR SETAR, 4 April- Umat Islam dinasihatkan tidak menunggu saat akhir untuk menunaikan zakat fitrah bagi mengelakkan kesesakan terutama yang menggunakan sistem pembayaran secara atas talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata, pembayaran awal memudahkan pihak pengurusan mengagihkan zakat fitrah kepada golongan fakir miskin, mualaf dan golongan fisabillah lebih awal.

Perkara itu disebabkan pembayar zakat lebih gemar membayar zakat fitrah pada malam terakhir Ramadan.

Setakat hari ini LZNK mengutip zakat fitrah kira-kira RM2 juta.

Sebanyak RM12.65 juta kutipan zakat fitrah disasarkan pada tahun ini berbanding RM12.05 juta pada tahun lepas.

"Jangan tunggu saat-saat akhir kerana pengalaman lalu, kita banyak hadapi masalah sistem kerana kadar penggunaan ketika itu semakin meningkat dan kebanyakannya akan masuk secara serentak," katanya dalam sidang media selepas Majlis Agihan Zakat Bagi Tahun 2024 yang disempurnakan oleh Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Pada majlis itu Tuanku berkenan menyampaikan zakat fitrah kepada tujuh wakil penerima dalam kalangan fakir miskin mualaf dan golongan fisabillah di Kedah.

Seramai 23,000 penerima zakat fitrah di Kedah menerima zakat hari ini berjumlah RM500 ringgit setiap orang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI