fb fb fb fb fb

Bayar tol guna kad kredit, debit di MEX mulai esok

PUTRAJAYA, 2 Ogos- Bermula esok, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) bakal menjadi lebuhraya pertama melaksanakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) menggunakan kad debit dan kad kredit.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kemudahan itu memberi alternatif baharu dan kemudahan kepada pengguna dalam proses pembayaran tol, berbanding kaedah sedia ada menggunakan Touch 'n Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Penggunaannya bagi memastikan kesediaan dan kelancaran pelaksanaan operasi selaras dengan piawaian ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

"12 lebuh raya terpilih, termasuk Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Besraya, Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Terowong SMART, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) dan Jambatan Pulau Pinang, 12 Kesemuanya," kata Alexander ketika ditemui selepas melakukan tinjauan pengujian sistem kutipan tol secara terbuka di Plaza Tol Putrajaya di sini.

Tambahnya lagi, buat permulaan esok, SPT akan bermula di enam lorong sebagai proses percubaan sebelum diperluas ke semua lorong di ketiga-tiga plaza tol MEX sedia ada iaitu Salak Selatan, Putrajaya dan Seri Kembangan, pada penghujung September depan.

Dalam majlis itu, beliau turut melancarkan logo SPT yang akan digunakan pada papan tanda di lorong tol.

Dalam pada itu, Nanta Linggi berkata, KKR sentiasa dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai tahap kesediaan dan perkembangan pengujian yang kini dijalankan secara berperingkat oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama syarikat konsesi lebuh raya.

Katanya, pelaksanaan SPT harus dijalankan secara teliti dan terperinci dengan mengambil kira pelbagai proses libat urus seperti aspek teknikal, keselamatan, perundangan dan pengendalian rekod transaksi tol itu sendiri bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa diutamakan.

(Alexander ketika ditemui selepas melakukan tinjauan pengujian sistem kutipan tol secara terbuka
di Plaza Tol Putrajaya)

Media Baharu