fb fb fb fb fb

Bas terbabas, empat parah di Perak

Foto Polis Ipoh

IPOH, 16 September- Empat cedera parah selepas bas yang membawa 34 penumpang terbabas sendiri di Kilometer 273.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Ipoh, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, insiden turut menyebabkan 19 lagi penumpang mengalami cedera ringan.

"Ketika kejadian bas tersebut dalam perjalanan dari arah Sungai Nibong ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.

"Setibanya di lokasi kejadian, bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelah kiri.

"Pemandu berusia 56 tahun serta 11 lagi penumpang tidak mengalami kecederaan," menurut kenyataan itu.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM