fb fb fb fb fb

Banteras amalan 'ali baba', ancam pertumbuhan ekonomi negara

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Januari- Tindakan warga tempatan yang menyerahkan lesen perniagaan kepada warga asing, perlu dinoktahkan segera.

Pakar Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Shazida Jan Mohd Khan menegaskan, amalan 'ali baba' itu mengancam pertumbuhan ekonomi negara.

Jalan mudah mengaut keuntungan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab itu memberi impak jangka panjang kepada pendapatan negara.

"Kita lihat ini adalah jalan mudah untuk peniaga mencari pendapatan. Tetapi, sebenarnya dari segi masa pendek mahupun jangka masa panjang ini merugikan kerana kita membenarkan ekonomi kita berjalan, tetapi bukan menjadi hak kita.

"Ia bukan sahaja menyebabkan pengaliran keluar wang hasil daripada perniagaan-perniagaan ini, ia juga menimbulkan rasa ketidakselesaan, isu gangguan dari segi pertumbuhan ekonomi, penyelewangan dana awam", katanya.

Negara kerugian sebanyak RM18 bilion menerusi keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2022, akibat amalan tersebut.

Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia.

ROSLINA BINTI DIN