fb fb fb fb fb

Banjir tiga negeri, lebih 3,000 orang masih terjejas

Menurut portal InfoBencanaJKM, 20 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga negeri termasuk Kelantan, Johor dan Pahang.

KUALA LUMPUR, 30 Disember- Jumlah keseluruhan penduduk terjejas banjir berkurang kepada 3,702 orang setakat pukul 3.00 petang tadi berbanding 5,320 orang setakat tengah hari.

Menurut portal InfoBencanaJKM, 20 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga negeri termasuk Kelantan, Johor dan Pahang.

Di Kelantan, penduduk terjejas banjir berkurang daripada 5,232 orang kepada 3,614 orang setakat tempoh tersebut.

Menerusi portal berkenaan, kesemua 1,143 keluarga terjejas di Kelantan itu ditempatkan di 16 PPS.

Sementara di Pahang, jumlah penduduk yang terjejas kekal seramai 34 orang di dua PPS.

Johor pula, jumlah penduduk terjejas banjir pagi tadi tidak berubah dengan 54 orang masih ditempatkan di dua PPS di daerah Segamat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM