KUALA TERENGGANU, 21 November- Sehingga pukul 6 pagi tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu merekodkan 1,418 penduduk terjejas di empat daerah.
Ia melibatkan daerah Kuala terengganu, Kuala Nerus, Setiu Dan Marang.
Sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana negeri, dalam kenyataannya berkata, jumlah penduduk terjejas itu melibatkan 396 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara, PPS.
Daerah Kuala Nerus mencatatkan angka tertinggi dengan 686 penduduk terjejas daripada 185 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.
Diikuti Kuala Terengganu dengan 575 penduduk daaripada 173 keluarga di empat PPS.
Manakala Setiu kekal dengan 26 penduduk daripada enam keluarga di dua PPS dan Marang merekodkan 132 penduduk daripada 32 keluarga di satu PPS.
Keadaan cuaca terkini juga menunjukkan masih hujan di beberapa tempat dan jumlah penduduk terjejas menunjukkan trend menaik.