(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 27 September- Agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta pasukan keselamatan diarah terus berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi susulan banjir yang melanda beberapa negeri.
Menerusi Facebook, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesiapsiagaan yang tinggi semua agensi berkenaan perlu meskipun Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan notis penamatan amaran hujan berterusan peringkat waspada pada pagi tadi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat turut mendoakan agar semua mangsa yang terjejas banjir dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan dalam menghadapi musibah yang melanda.
"Saya sentiasa memantau keadaan semasa banjir yang kini melanda Kedah, Perlis, Selangor dan Sabah akibat peralihan monsun ketika ini," kata Ahmad Zahid.
(Foto BERNAMA)