fb fb fb fb fb

Banjir: Sembilan penduduk terperangkap diselamatkan

Foto RTM

SLIM RIVER, 24 Ogos - Sembilan penduduk yang terperangkap selepas kediaman mereka dinaiki air akibat kejadian kepala air di Kampung Pasir, Slim River diselamatkan, malam tadi (Jumaat).

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Kampung Pasir.

Hujan berterusan sejak petang Jumaat menyebabkan beberapa kawasan di daerah Mualim dilanda banjir dan berlaku kejadian kepala air.

Insiden itu juga mengakibatkan Jambatan Slim Village runtuh dan ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 15 orang dipercayai terperangkap akibat kejadian kepala air di Risda Eco Park, Ulu Slim River.

Mereka bagaimanapun berjaya keluar dari kawasan berkenaan setelah air surut.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD