fb fb fb fb fb

Banjir Selangor: Jumlah penduduk terjejas meningkat

FOTO FAIL

SELANGOR, 7 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Selangor meningkat kepada 673 orang daripada 170 keluarga pagi ini.

Ini berbanding 547 orang daripada 144 keluarga malam tadi, dengan sebuah lagi PPS dibuka di Dewan Serbaguna MBSJ Camelia Seksyen 10, Putra Height, Subang Jaya yang menempatkan 91 penduduk.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, pembukaan PPS tersebut menjadikan tujuh PPS telah dibuka di negeri itu termasuk dua di Hulu Langat iaitu SK Bangi dan SK Semenyih.

"Empat PPS di Sepang iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali, Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil," menurut Info tersebut.

TETITIA YUSOFF