TELUK INTAN, 24 Oktober- Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Hilir Perak.
PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak yang dibuka malam tadi, menempatkan 50 penduduk daripada 16 keluarga.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah, penduduk yang dipindahkan terdiri daripada 15 lelaki, 19 wanita, 21 kanak-kanak serta seorang Orang Kelainan Upaya (OKU).
Mereka yang terjejas merupakan penduduk dari Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9, Simpang 3 dan Batu 10.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan keadaan cuaca ketika ini dalam keadaan baik dan pam Jabatan Pengairan Saliran (JPS) di Changkat Jong tidak berfungsi.
Kejadian dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Bidor akibat hujan lebat.