fb fb fb fb fb

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas bertambah

INFOGRAFIK APM SARAWAK

KUCHING, 20 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara, PPS di Sarawak sedikit meningkat dengan 420 orang daripada 137 keluarga setakat tengahari tadi, berbanding 411 orang pagi tadi.

Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, JPBN Sarawak memaklumkan ini berikutan penambahan dua keluarga di PPS Dewan Perpaduan di Debak, Betong.

Ia sekali gus menjadikan jumlah terkini di PPS berkenaan meningkat kepada 223 orang daripada 71 keluarga berbanding 215 orang daripada 69 keluarga pada pukul 8 pagi tadi.

Manakala jumlah penduduk terjejas banjir di PPS Dewan Millenia juga di Debak, Betong dan PPS Rumah Steven di Tatau, Bintulu kekal tidak berubah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE