fb fb fb fb fb

Banjir Sabah & Sarawak: Lebih 6,000 orang terjejas

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Seramai 6,135 orang daripada 1,917 keluarga terjejas banjir di dua negeri, setakat pukul 5.24 petang tadi.

Menurut InfoBencanaJKM, sebanyak 61 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sabah dan Sarawak.

Di Sabah, seramai 3,835 penduduk daripada 1,285 keluarga terbabit dengan banjir.

Angka berkenan meningkat, berbanding 2,360 orang daripada 866 keluarga terjejas setakat tengah hari tadi.

Sebanyak 29 PPS dibuka di negeri itu; membabitkan 10 daerah.

"Kota Marudu, 2,360 orang terjejas, Lahad Datu (323), Telupid (201), Kota Belud (269) dan Pitas (196).

"Beluran, 190 orang terjejas, Sandakan (118), Beaufort (102), Tongod (54) dan Paitan (22)," menurut kenyataan InfoBencanaJKM.

Sementara itu, di Sarawak, seramai 2,300 orang daripada 632 keluarga terjejas dengan banjir.

Sebanyak 32 PPS dibuka di Sarawak; membabitkan enam daerah terlibat.

"Seramai 712 penduduk terjejas banjir di Sibu, Kuching (419), Serian (478), Samarahan (410), Miri (239) dan Bintulu (42)," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM