fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Perak menurun setakat pukul 2 petang

Foto RTM

IPOH, 26 Ogos-Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak mencatatkan sedikit penurunan iaitu 137 orang daripada 31 keluarga setakat pukul 2.00 petang, berbanding 139 orang daripada 34 keluarga, pada pukul 10 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terjejas banjir kekal membabitkan daerah Muallim dan Larut Matang dan Selama.

Kenyataan itu turut menjelaskan seramai 114 penduduk daripada 24 keluarga dari Kampung Pasir ditempatkan di PPS Masjid Jamek kampung berkenaan.

Manakala seramai 23 orang daripada tujuh keluarga dari Kampung Tebuk masih kekal ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang di daerah Larut, Matang dan Selama.

Sementara itu, laluan A121 Jalan Slim River-Behrang Ulu di daerah Muallim masih ditutup akibat jalan utama runtuh manakala FT 004 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang Gerik-Jeli kekal dibuka satu lorong disebabkan tanah runtuh.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD