KOTA BHARU, 30 November- Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kelantan dengan jumlah penduduk terjejas banjir direkodkan meningkat.
Menurut info bencana JKM, setakat pukul 7:00 malam, jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan adalah seramai 693 orang berbanding 533 orang pukul 4:00 petang tadi.
Kesemua mereka dari 201 keluarga itu merupakan penduduk terjejas banjir di daerah kota Bharu, Bachok dan Pasir Mas.
Satu PPS dibuka di Kota Bharu iaitu PPS SK Sering yang menempat seramai 139 penduduk terjejas banjir dari 37 keluarga.
Manakala dua PPS dibuka di Bachok membabitkan Sekolah Kebangsaan Jelawat (70 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor (257 orang).
Dalam pada itu, 227 penduduk terjejas banjir dari 78 keluarga di Pasir Mas ditempatkan di PPS SK Tok Deh.
Dalam pada itu, mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan 17 penduduk merangkumi empat keluarga di PPS SK Atas Tol.