fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Kelantan kekal 515 orang

PASIR MAS, 27 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Kelantan kekal dengan 515 orang daripada 153 keluarga setakat pukul 10.30 malam.

Kesemua mereka masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Bachok dan Pasir Mas.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Pasir Mas, PPS SK Tok Deh menempatkan seramai 246 orang penduduk terjejas banjir daripada 84 keluarga.

Manakala, PPS SK Kedai Tanjong pula menempatkan 65 penduduk terjejas banjir daripada 19 keluarga.

Di Pasir Puteh, 137 penduduk terjejas banjir daripada 34 keluarga ditempatkan PPS SK Jelawat dan 67 penduduk terjejas banjir dari 16 keluarga pula berlindung di PPS SMK Beris Panchor.

Selain itu, menurut Public Infobanjir JPS, setakat pukul 10.30 malam, satu sungai utama mencatatkan aras air melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Besar.

Manakala, dua sungai mencatatkan aras melebihi tahap waspada iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang.

ROSLINA BINTI DIN