fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk Pulau Pinang kembali jalani aktiviti seperti biasa

Foto RTM

TASIK GELUGOR, 22 September- Penduduk terjejas banjir di Pulau Pinang sudah mula menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Tinjauan RTM di sekitar Seberang Perai Utara, rata-rata mereka menyatakan rasa lega berikutan banjir sudah pulih.

"Air kini sudah mulai surut, dan kami boleh pulang ke rumah untuk mencuci serta membuat persiapan bagi anak-anak yang akan bersekolah esok," kata penduduk, Rodiah Hassim.

"Semuanya dibuka seperti biasa semula, alhamdulillah, rezeki tak putus, kata orang," kata penduduk, Mohd Shukor Mohd Fazil.

"Bangun pagi tadi terus buat kerja basuh mangkuk, pinggan, dan perkakas, semua terbalik habis. Baru saja berhenti sekarang, penat sangat," kata penduduk, Siti Hajar Abu Hasan.

"Kira boleh dah buat rutin harian macam biasa, tapi barang-barang semua masih di atas, kena kemas sikit-sikit lagi. Hari itu ambil empat hari cuti, kilang bagi sebab keadaan memang teruk sangat," kata penduduk, Nor Aminina Adnan.

Semua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Pulau Pinang telah ditutup sepenuhnya sekitar pada pukul 11.00 pagi semalam setelah keadaan kembali pulih.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM