fb fb fb fb fb

Banjir Pahang: 389 keluarga berlindung di 25 PPS

Foto RTM

KUANTAN, 1 Disember-Jerantut menjadi daerah ketiga terjejas banjir di Pahang selepas Raub dan Lipis.

Ini menyebabkan seramai 1,152 penduduk daripada 389 keluarga dipindahkan ke 25 PPS, setakat pukul 4.00 petang tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di daerah Raub, Balai raya Kampung Durian Sebatang merekodkan penempatan sementara seramai 41 orang; Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang (98 orang); Masjid Kampung Pintu Padang (166 orang) dan Pusat Kegiatan KEMAS Gali (113 orang); Masjid Kuala Temau (20 orang); Balairaya Kampung Ulu Jelu (82 orang) dan di Dewan Serbaguna Kampung Pia (123 orang); SK  Muhammad Jabar (45 orang); Balai raya Kampung Kuala Keloi (16 orang).

Manakala di Dewan Lechar seramai 111 orang dipindahkan dan 26 orang ditempatkan di Balai raya Kampung Bukit Pampong; 44 orang di Dewan Dato Seriwa Dong; 67 orang di Balai raya Kampung Pamah Kulat; 62 orang di Balai raya Kampung Peruas dan 32 orang ditempatkan di Balai raya Kampung Pamah Rawas.

Sementara itu bagi daerah Lipis, 12 orang penduduk di SK Jerangsang dan 16 orang ditempatkan di Balai Belia Kampung Rengai.

Dalam pada itu, Jerantut daerah terbaharu terjejas merekodkan dua PPS dibuka iaitu di Balai raya Kampung Sempadan dengan menempatkan 33 orang penduduk dan SK Batu Balai 29 orang penduduk.

Enam lagi PPS di daerah Raub dibuka sebagai persediaan pemindahan penduduk terjejas banjir.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD