
KUCHING, 8 Januari – Seramai 135 orang daripada 46 Ketua Isi Rumah (KIR) masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu, Miri, setakat pukul 8.00 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Jumlah mangsa di PPS SMK Bekenu kini 135 orang daripada 46 Ketua Isi Rumah.
- Bilangan penduduk terjejas menurun daripada 140 orang dan 47 keluarga pada tengah malam tadi.
- Lima orang daripada satu keluarga telah pulang ke rumah masing-masing.
- PPS dibuka sejak 4 Januari susulan hujan lebat yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan.
Angka berkenaan berkurang, berbanding 140 orang daripada 47 keluarga, setakat tengah malam tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, seramai lima penduduk daripada sebuah keluarga yang terjejas telah kembali ke rumah masing-masing.
PPS berkenaan dibuka bermula 4 Januari lalu susulan hujan lebat berterusan yang mengakibatkan banjir di beberapa kawasan.