KUALA LUMPUR, 14 Disember- Seramai 36 penduduk daripada 11 keluarga yang terjejas akibat banjir di Johor kini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10.00 malam tadi.
Menurut portal Info Bencana JKM, angka itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 40 orang daripada 12 keluarga yang direkodkan pada waktu pagi.
"Hanya daerah Segamat yang terjejas. PPS berkenaan adalah Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak)," menurut kenyataan tersebut.
Selain Johor, banjir turut menjejaskan Pahang.
Di Pahang, seramai 11 orang daripada empat keluarga dilaporkan terjejas setakat malam tadi, menunjukkan penurunan daripada 41 orang daripada 12 keluarga pada waktu pagi.
Mereka yang terjejas kini ditempatkan di sebuah PPS di daerah Maran.