fb fb fb fb fb

Banjir kilat: Tiada mangsa terperangkap di Setia Alam - Bomba

FOTO BOMBA

SETIA ALAM, 12 November- Banjir kilat berkedalaman sekitar dua kaki dilaporkan berlaku di bandar Setia Alam dekat Shah Alam, pagi tadi.

Kejadian tersebut disedari oleh orang awam yang segera melaporkan insiden itu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Fuad Nasruddin Johari berkata pihak bomba segera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan sekitar pukul 9.00 pagi.

Sejurus sampai ke lokasi kejadian, pihak bomba mendapati banjir sudah mula surut dan tiada mangsa terperangkap dilaporkan.

Operasi berkenaan melibatkan seramai enam anggota bomba.

SITI AISHAH MD ISA