fb fb fb fb fb

Banjir kilat: Satu PPS dibuka di Padang Terap

Foto APM Padang Terap

PADANG TERAP, 5 Disember - 31 penduduk di Kampung Labi, di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat, malam tadi.
 
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Roshidi Kassim @ Md Rejab berkata hujan lebat yang turun dalam tempoh beberapa jam di seluruh daerah Padang Terap sejak petang semalam sehingga malam tadi menyebabkan paras air sungai berdekatan Kampung Labi, Mukim Tualak, naik dengan cepat dan melimpahi tebing.
 
Beliau berkata, keadaan tersebut telah menyebabkan beberapa buah rumah yang terletak berdekatan sungai dan di kawasan rendah, dimasuki air.
 
"Rentetan itu, 31 penduduk melibatkan 11 keluarga segera dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Tualak yang dibuka bermula pukul 12 tengah malam tadi. Mereka terdiri daripada 12 lelaki dan 9 perempuan dewasa, 2 warga emas lelaki dan 5 warga emas perempuan, serta tiga kanak-kanak," katanya menerusi kenyataan.
 
Roshidi berkata, sehingga pukul 8 pagi tadi, kesemua mereka masih ditempatkan di PPS.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN