fb fb fb fb fb

Banjir kilat Raub: 28 penduduk terjejas dipindahkan ke PPS

(PPS Dewan Simpang Kallang dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas )

RAUB, 19 September- Perkembangan banjir kilat di Raub, Pahang menyaksikan seramai 28 orang penduduk daripada tujuh buah keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setelah kediaman mereka dinaiki air, setakat pukul 9 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub memaklumkan, kesemua penduduk terjejas kini berada di PPS Dewan Simpang Kallang yang dibuka pada pukul 11.30 malam.
 
Walaupun banjir telah surut sepenuhnya, penduduk masih ditempatkan di PPS berkenaan memandangkan bekalan air masih terputus menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk membersihkan kediaman masing-masing.
 
Banjir kilat malam tadi berpunca daripada hujan lebat berterusan selama dua jam kira-kira pukul 8.40 malam tadi.


(Foto menunjukkan kawasan yang dinaiki air di sekitar Raub, malam tadi)

Sistem perparitan yang ada di sekitar bandar dipercayai tidak dapat menampung air hujan sehingga berlaku limpahan.

Keadaan banjir kilat surut selepas hujan mulai reda kira-kira pukul 10 malam.

Media Baharu