KUCHING 12 Februari- Sebanyak 21 buah rumah di Kampung Rantau Panjang di Kuching terjejas akibat banjir kilat awal pagi tadi.
Ia susulan hujan lebat sejak malam tadi sehingga awal pagi hari ini.
Pegawai Operasi, Unit operasi dan bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuching, Koperal (Pertahanan Awam) Khairuddin Jamel berkata air mula naik awal pagi tadi berikutan pertembungan hujan lebat dan air pasang.
Bagaimanapun, air mula surut pukul 8.00 pagi selepas baraj mula dibuka dan hujan telah berhenti.
Seramai 25 anggota APM bersiap sedia 24 Jam bagi memantau kesemua kawasan yang kerap berlakunya banjir.
Malam ini, air pasang besar dijangka berlaku pukul 7.30 malam dan mencapai ketinggian 6.3 meter.