fb fb fb fb fb

Banjir kilat: 31 penduduk terjejas di Cameron Highlands ditempatkan di PPS

Keadaan banjir yang berlaku di Kampung Sg Ruil di Cameron Highlands petang semalam.

CAMERON HIGHLANDS, 8 Oktober- Seramai 31 penduduk terjejas banjir daripada lima keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Cameron Highlands memaklumkan, penduduk terjejas melibatkan 11 lelaki, 10 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan.

Menurut kenyataan itu, kejadian banjir kilat dan tanah di kampung terbabit dilaporkan pada jam 6.00 petang.

"Ia berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan tersebut, menyebabkan aliran sungai meningkat mendadak dan tanah di beberapa kawasan menjadi tidak stabil.

"Kerja-kerja membersihkan jalan dan kawasan sekitar terjejas sedang giat dilakukan bagi memastikan keadaan kembali selamat untuk penduduk setempat," kata kenyataan itu.

ZEHRA BINTI ZAMBRI