fb fb fb fb fb

Banjir: Keupayaan JBPM Terengganu masih terkawal

Keupayaan logistik, termasuk anggota dan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, masih terkawal untuk menghadapi situasi banjir / Foto Hiasan / Bernama

HULU TERENGGANU, 30 November – Keupayaan logistik, termasuk anggota dan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, masih terkawal untuk menghadapi situasi banjir di negeri itu.

Pengarah JBPM Terengganu, Hassan ‘As’ari Omar memaklumkan anggota yang sedia ada masih mampu mengendalikan keadaan semasa dan sehingga kini, tiada permohonan bantuan tambahan dibuat kepada ibu pejabat.

“Melihat kepada trend semasa, paras air memang semakin meningkat. Namun, setakat ini, JBPM masih mampu menguruskan situasi dengan keupayaan anggota serta aset yang ada.

“Sekiranya banjir menunjukkan peningkatan yang lebih signifikan, besar kemungkinan kita akan mendapatkan bantuan daripada negeri-negeri yang tidak terjejas banjir,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau turut memberi jaminan bahawa JBPM bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan dalam memastikan keselamatan penduduk terjaga.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN