JOHOR BAHRU, 29 Mac- Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor ditutup, setakat pukul 6 petang tadi.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PPS terakhir beroperasi merupakan Sekolah Menengah Seri Gading, Batu Pahat yang sebelum ini menempatkan 140 orang daripada 44 buah keluarga.
Ketika ini, paras air Sungai Senggarang, Batu Pahat menunjukkan paras amaran iaitu 3.24 meter.
Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa daerah di Johor termasuk Johor Bahru, Kluang dan Mersing.