fb fb fb fb fb

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas terus berkurang

Foto fail

JOHOR BAHRU, 24 Mac - Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor terus mencatatkan pengurangan kepada 2,455 orang daripada 703 keluarga, setakat pukul 4.00 petang tadi.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 2,472 orang daripada 704 keluarga, pukul 2.00 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan, 23 buah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di lima daerah.

"Johor Bahru kekal daerah paling terjejas, merekodkan 1,281 penduduk di tujuh PPS, diikuti Pontian 430 penduduk di enam PPS. Batu Pahat 368 penduduk, Kluang 299 penduduk dan Kota Tinggi 77 penduduk," menurut jawatankuasa itu.

Tiga sungai termasuk Sungai Senggarang di Batu Pahat merekodkan bacaan pada paras waspada.

TETITIA YUSOFF