fb fb fb fb fb

Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Atas Tol mula dibuka pada 20 November lalu menjadi PPS terakhir ditutup pada malam tadi/FOTO RTM

KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Banjir gelombang pertama di Terngganu pulih sepenuhya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol ditutup malam tadi.

Terdahulu Jurucakap Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata di Kuala Terengganu, hanya ada 54 daripada 12 keluarga yang berlindung di SK Atas Tol.

PPS SK Atas Tol mula dibuka pada 20 November lalu menjadi PPS terakhir ditutup pada malam tadi selepas tiga keluarga dibenar pulang ke kediaman mereka.

Menurut jurucakap Sektretariat Jawatankuasa Penguruan Bencana Negeri, PPS di negeri ini pernah merekodkan paling ramai penduduk yang dipindahkan iaitu seramai 499 orang.

GRACE AISYAH KEDAYAN