fb fb fb fb fb

Banjir di Tangkak, PM beri sumbangan kepada 50 KIR

Foto RTM

TANGKAK, 9 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyerahkan sumbangan kepada 50 ketua isi rumah (KIR) terkesan banjir di Tangkak, Johor.

Sumbangan disampaikan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri, M Shanmugam di PPS Dewan Terbuka Penghulu Long, Teluk Rimba.

"Malaysia Madani membantu tidak mengira tempat dimana dan tidak mengira agama bangsa. Saya bagi pihak YAB Perdana Menteri sangat bersyukur dapat bersama mangsa-mangsa banjir selain bersama agensi-agensi daripada Persekutuan dan juga negeri.

Kita dapat menyampaikan serba sedikit sumbangan dan berharap dapat meringankan beban mereka. Itu adalah niat kita sebenarnya dan kita akan teruskan sebegini disemua tempat dimana ada keperluan itu," kata M.Shanmugam kepada pemberita, hari ini.

Sumbangan itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Komunikasi Komuniti dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM