
KUCHING, 22 Februari – Situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya berikutan satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi iaitu Masjid Darul Istiqlaal, dekat sini, ditutup tengah hari tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- PPS terakhir, Masjid Darul Istiqlaal, ditutup selepas menempatkan mangsa banjir dari Kampung Sungai Maong.
- 65 mangsa daripada 18 keluarga telah menerima bantuan di pusat pemindahan sementara itu.
- JPBN Sarawak mengumumkan penutupan pusat pemindahan dan pemulihan situasi banjir sepenuhnya.
- Jabatan Meteorologi ramal cuaca lembap dan hujan berterusan di beberapa kawasan minggu ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan PPS berkenaan ditutup pada 12.30 tengah hari.
“PPS itu telah beroperasi sejak semalam bagi menempatkan 65 orang daripada 18 keluarga penduduk Kampung Sungai Maong,” menurut kenyataan itu.
Rabu lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca lembap berterusan di Sabah dan Sarawak sepanjang minggu ini, dengan hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan susulan luruan angin monsun yang memasuki rantau negara.- BERNAMA