fb fb fb fb fb

Banjir di Melaka, lapan keluarga masih terjejas

Foto BERNAMA

MELAKA, 29 Jun- Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di Pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Bukit Balai, Durian Tunggal, Alor Gajah, kekal 46 orang daripada lapan keluarga, setakat pada pukul 4.00 petang tadi. 

Perkara tersebut dimaklumkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim.

Jelas Kamarulsyah, mereka adalah penduduk yang terjejas dari dua kampung iaitu Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.

Hujan lebat berterusan petang semalam menyebabkan air sungai dan parit melimpah di kawasan penempatan yang rendah.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM