fb fb fb fb fb

Banjir di Kelantan, 711 penduduk terjejas masih berada di empat PPS

Foto Fail

KOTA BAHRU, 8 Disember - Cuaca baik sepanjang hari ini menyaksikan jumlah penduduk terjejas banjir di Pasir Mas terus berkurangan kepada 711 orang daripada 229 keluarga malam ini berbanding 809, petang tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh menempatkan 338 mangsa daripada 112 keluarga.

Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (70 mangsa daripada 21 keluarga).

Di SMK Baroh Pial, seramai 167 orang daripada 55 keluarga berlindung di lokasi itu dan SK Gual Periok menempatkan 136 mangsa daripada 41 keluarga

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN