fb fb fb fb fb

Banjir di Johor semakin pulih, 6 buah PPS ditutup

JOHOR, 15 Januari - Setakat 12 tengah hari, keadaan banjir di Johor semakin pulih dengan 89 penduduk terjejas direkodkan.

Malah tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sahaja masih dibuka ketika ini berbanding 9 semalam.

Jumlah penduduk terjejas berkurangan berbanding semalam lebih 300 penduduk yang ditempatkan di PPS.

Dua PPS masih beroperasi di Segamat iaitu melibatkan PPS Sekolah Agama Gemereh, dan PPS Balai Raya Gemereh 4.

Manakala sebuah lagi PPS melibatkan daerah Tangkak iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Durian Chondong.

Lebih separuh jumlah penduduk terjejas dibenarkan pulang selepas banjir semakin pulih sejak semalam.

Media Baharu