fb fb fb fb fb

Banjir di Johor, PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek ditutup

Foto Fail

SEGAMAT, 1 Januari- Satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Segamat iaitu PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek, Jementah ditutup pada pukul 5.00 petang tadi. 

Jumlah penduduk terjejas di daerah berkenaan turut berkurang daripada 54 orang kepada 25 orang. 

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), PPS berkenaan menempatkan 14 penduduk daripada lapan keluarga terjejas yang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing memandangkan keadaan cuaca yang baik hari ini.

Justeru, ia menjadikan hanya satu PPS beroperasi iaitu PPS Balai Raya Kampung Batu Badak yang dibuka sejak 27 Disember lalu, masih menempatkan 25 penduduk daripada lapan keluarga.  

"Laluan Kampung Orang Asli Peta di Bukit Cantik, Mersing masih lagi terputus hubungan sehingga kini," jelas kenyataan itu.

Paras air di dua sungai merekod bacaan waspada iaitu Sungai Muar di Segamat dengan bacaan 7.94 meter dan Sungai Skudai di Kulai dengan bacaan 23.86 meter.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM