fb fb fb fb fb

Banjir di Johor, angka penduduk terjejas meningkat

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 8 Januari- Angka penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 7,959 orang daripada 2,203 keluarga, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi. 

Sebanyak 52 PPS beroperasi di enam daerah negeri berkenaan.

Kota Tinggi kekal menjadi daerah paling terjejas dengan 4,268 penduduk daripada 1,140 keluarga berlindung di 24 PPS diikuti Johor Bahru, dengan 1,829 penduduk daripada 502 keluarga ditempatkan di 10 PPS.

Kluang mencatatkan 1,705 penduduk daripada 502 keluarga kini ditempatkan di 14 PPS, Kulai dengan 54 penduduk daripada 14 keluarga di satu PPS. 

Daerah Pontian pula merekodkan 17 penduduk daripada empat keluarga di satu PPS dan Segamat meliputi 54 penduduk daripada 14 keluarga di satu PPS. 

Dua jalan di Kota Tinggi dan satu di Johor Bahru ditutup untuk semua jenis kenderaan. 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM