fb fb fb fb fb

Banjir di Johor: 2 PPS baharu dibuka setakat 8 pagi


JOHOR, 1 Januari - Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di Segamat setakat pukul 8 pagi tadi.

Menjadikan sebanyak 8 PPS beroperasi di daerah tersebut setakat ini.

Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyanathan, antara PPS dibuka termasuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun, Balai Raya Kampung
Paya Lenga, dan Dewan Serbaguna Pekan Air Panas.

Manakala antara kawasan terlibat, Kampung Lembah Bakti, Kampung Pekan Air Panas dan Kampung Paya Lebar.

Selain itu, Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, dan Sungai Tangkak, Kampung Seri Makmur, Tangkak, berada pada paras bahaya.

 

Media Baharu