fb fb fb fb fb

Banjir: 3,600 penduduk terjejas banjir di Terengganu

Banjir di Terengganu/Foto fail

KUALA TERENGGANU, 23 November- Banjir di Terengganu merekodkan 3,584 penduduk terjejas setakat pukul 6.00 pagi.

Penduduk terjejas kini ditempatkan di  29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan lima daerah di negeri itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan lima daerah masih terjejas iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Besut.

Kesemua PPS  menempatkan 958 Keluarga. Daerah Kuala Nerus kekal tertinggi Iaitu 1,601 penduduk terjejas. Diikuti Kuala Terengganu dengan 956 orang daripada 279 keluarga.

Marang pula merekodkan 732 orang daripada 183 keluarga. Manakala, Besut dan Dungun masing-masing merekodkan 272 dan 23 penduduk terjejas.

Keadaan cuaca masih lagi hujan di beberapa tempat, namun jumlah penduduk terjejas menunjukkan trend menurun.

Sementara itu, Di Negeri Kelantan, 373 orang daripada 96 keluarga masih berada di enam pps.

Menurut portal info bencana JKM, empat pps dibuka di Pasir Puteh dan dua lagi di Bachok.

Manakala banjir di Perak surut sepenuhnya.

PPS terakhir beroperasi di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu di Kerian, ditutup petang semalam.

ROSLINA BINTI DIN