fb fb fb fb fb

Banjir: 27 penduduk terjejas, 1 pps masih dibuka di Kelantan

Foto fail

KOTA BHARU, 10 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Daerah Pasir Mas 27 orang daripada 7 keluarga setakat 12.00 tengah hari.

Angka tersebut mencatatkan penurunan berbanding pagi tadi, seramai 62 orang.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mereka terdiri daripada 9 lelaki, wanita (8 orang), kanak-kanak lelaki (5), dan kanak-kanak perempuan (5).

Penduduk terjejas berlindung di Pusat Perlindungan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual To' Deh.

ROSLINA BINTI DIN