fb fb fb fb fb

Bandar satelit Johor, potensi jana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghani

KLUANG, 6 Julai - Cadangan pembangunan 'bandar satelit' di Johor, berpotensi menjana pertumbuhan ekonomi di semua daerah, sekali gus memastikan tiada kawasan tercicir daripada arus pembangunan negeri.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghani berkata, inisiatif tersebut juga seiring dengan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal memberi manfaat kepada kawasan seperti Renggam dan Kluang yang kini pesat membangun.

"Layang-Layang, Renggam dan Kluang berpotensi menjadi 'bandar satelit' apabila projek Sistem Transit Rapid (RTS) dan landasan berkembar siap sepenuhnya, perkara ini tidak mustahil.

Pada masa sama, agenda perumahan di kawasan Renggam turut menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Melalui kerjasama bersama Pejabat Daerah dan Pusat Penyelaras dan Perancangan Johor (JCOP), kita komited membangunkan projek rumah mampu milik di sini, demi kesejahteraan rakyat," katanya ketika Majlis Perasmian Majestic Johor X Renggam Fiesta di Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) Renggam di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, komitmen kerajaan negeri kini berada pada landasan kukuh untuk menjadi negeri paling maju di selatan tanah air dengan pelaksanaan pembangunan menyeluruh dan tersusun.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE