fb fb fb fb fb

Bajet 2025 : Labuan terima RM50 juta peruntukan mengurus, RM32.9 juta projek pembangunan

FOTO RTM

LABUAN, 16 November- Wilayah Persekutuan Labuan menerima peruntukan mengurus (OE) sebanyak RM50 juta pada tahun 2025.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata peruntukkan kewangan untuk Labuan kekal sama seperti jumlah kewangan yang diperuntukan pada tahun ini.

Selain itu sebanyak tujuh projek pembangunan telah diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun depan.

“Terdapat tujuh projek yang melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM32.9 juta akan diteruskan untuk tahun 2025.

"Antara projek adalah menaik taraf Jambatan Patau-Patau Satu dan pembinaan Cell Sanitary Landfill dan juga naik taraf Leachate Treatment Plan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Karnival Kewangan MADANI peringkat Labuan.

Penganjuran karnival itu dilaksanakan melalui tiga wasilah iaitu program berbentuk pembangunan fizikal, program berbentuk penawaran dan perkhidmatan terus kepada rakyat.

Selain itu program turun padang iaitu meninjau kemajuan projek-projek pembangunan selain libat urus bersama-sama komuniti.

Dalam pada itu, Karnival berkenaan melibatkan 15 agensi bawah kementerian Kewangan Malaysia (MOF) membuka reruai dan membuka perkhidmatan kepada komuniti.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE