fb fb fb fb fb

BAJET 2023: Peruntukan RM15 bilion pelaburan terbaik bina masa depan pelajar

PUTRAJAYA, 8 Oktober- Dana lebih besar diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam Bajet 2023 sebanyak RM15.1 bilion, meningkat 4.25%.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menerusi satu kenyataan memaklumkan, fokus akan diberikan kepada bantuan tunai, penyelesaian pinjaman pendidikan dan pembangunan seperti naik taraf jaringan digital dan fasiliti institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Ia sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan untuk mengekalkan IPT sebagai pelaburan terbaik bagi membina masa depan pelajar.

Peruntukan meliputi RM11.7 bilion bagi Perbelanjaan Mengurus dan RM3.4 bilion lagi bagi Perbelanjaan Pembangunan.

Kerajaan juga menitikberatkan pendidikan TVET dengan menyalurkan peruntukan bernilai RM6.7 bilion.

Selain itu RM30 juta diperuntukkan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah menerusi Dana Inovasi Digital (DIGID).

(RM30 juta diperuntukkan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah menerusi Dana
Inovasi Digital)

"Fokus kepada bantuan tunai, dan penyelesaian pinjaman, pendidikan, pembangunan serta naik taraf jaringan digital dan fasiliti di IPT seluruh negara, termasuklah peruntukan bagi meningkatkan inisiatif kampus hijau di universiti awam serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)," kata Noraini kepada RTM.

RM20 juta yang disediakan bagi melaksanakan Program Usahawan Siswazah (PUSH) bakal memanfaat 1,000 siswazah yang menceburi bidang keusahawanan.

Media Baharu