fb fb fb fb fb

Asia Tenggara perlu pertingkat keselamatan siber - Anwar

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Disember-Isu keselamatan siber di rantau Asia Tenggara perlu ditingkatkan.

Menerusi Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cabaran mengekalkan keselamatan siber akan sentiasa diuji berikutan pertumbuhan ekonomi digital yang berkembang pesat.

"Saya menyentuh mengenai standard keselamatan siber di rantau Asia Tenggara yang perlu ditingkatkan menerusi perkongsian amalan terbaik," kata Anwar menerusi Facebook.

Sementara itu, Anwar menyeru negara-negara maju supaya tidak mengalah dalam mendepani isu perubahan iklim.

Katanya, ia menuntut perbincangan, kebersamaan, kesaksamaan dan keadilan berterusan demi menjayakannya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM