KUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, petang tadi.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Datuk Seri Anwar berkata pertemuan dengan Thaksin yang mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal Pengerusi ASEAN itu membincangkan pelbagai perkara penting termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
"Di sebelah malam, kami teruskan diskusi ini bersama bekas Menteri Luar Singapura, George Yeo," katanya dalam hantaran tersebut.
Pada 16 Disember lepas, Datuk Seri Anwar mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Malaysia secara rasmi mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025 pada 1 Januari, kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967.