fb fb fb fb fb

AS tegaskan komitmen kukuh kerjasama dengan ASEAN

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) bersama Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, ketika majlis menandatangani MoU sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 di ibu negara / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Julai -Amerika Syarikat (AS) menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dengan ASEAN.

Malah, Setiausaha Negaranya, Marco Rubio berkata, Washington akan turut memainkan peranan aktif di rantau Indo-Pasifik yang dilihat sebagai kawasan strategik dan penting dalam landskap global.

''Dua pertiga daripada pertumbuhan global akan berlaku di rantau ini, adalah mustahil untuk mengabaikannya, mengenepikannya dan kami tidak berhasrat untuk berbuat demikian.

Malah, kami mahu menjadikan rantau ini komponen utama dalam penglibatan kami dengan dunia,'' katanya.

Jaminan itu disuarakan dalam ucapan pembukaan Persidangan Pasca Kementerian Asean-Amerika Syarikat, di sini.

Mesyuarat tersebut antara pengisian hari ketiga penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) ke-58.

Tambahnya, menerusi jalinan yang kukuh, kedua-dua pihak akan dapat memajukan matlamat dan kepentingan bersama untuk menjadikan rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka kekal selamat dan makmur.

"Perkongsian selama hampir 50 tahun telah membuktikan keutamaan Asean-AS adalah selari dan berupaya untuk bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama", jelas beliau lagi.

Mengakhiri ucapannya, Rubio menyatakan harapan agar perbincangan lanjut mengenai Perkongsian Strategik Komprehensif dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.##

FARIS IZZAT SHAHARUDIN