fb fb fb fb fb

AS hargai komitmen Malaysia banteras kegiatan pengubahan wang haram

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR, 9 Mei- Amerika Syarikat (AS) menghargai komitmen Malaysia dalam usaha membanteras kegiatan pembiayaan dan pengubahan wang haram bagi pembiayaan aktiviti keganasan. 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu diluahkan oleh Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS Brien Nelson kepada beliau di pejabatnya di Putrajaya. 

"Beliau menghargai kerana daripada segi undang-undang kita mempunyai perundangan yang kukuh bukan sahaja daripada segi nama tetapi kita penguatkuasaan.

"Saya juga mengambil peluang untuk menyebut bahawa Pelan Strategik Lima Tahun yang baharu sahaja disiapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangani perkara-perkara terkait dengan ekstremisme dan keganasan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penutupan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara (NATSEC) Asia 2024 di ibu negara.

Pertemuan itu turut menyatakan kemampuan Malaysia melaksana undang-undang yang kukuh terutama membanteras aktiviti berkenaan.

Pada masa sama Malaysia sedia bekerjasama dengan mana-mana negara dan pihak berkepentingan bagi tujuan berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI